Saya ingin mulakan hari rabu ini dengan satu pertanyaan, mudah "siapakah tig@ individu yang paling berpengaruh dalam hidup kamu semua?" Tentu kamu pernah terfikirkan mengenai mereka. Dan sekiranya tidak, mungkin tiba masanya untuk kamu berfikir mengenai mereka yang sering menjadi panduan, inspirasi, idola, ikutan dll. Saya sendiri misalnya, hanya terfikir mengenainya lewat petang semalam ketika sedang memandu kereta. Maka, hari ini ingin sekali saya secara amnya berkongsikan kisah mengenai 3 individu yang paling berpengaruh dalam hidup saya. Setiap dari mereka ini sudah semestinya ada kelemahan masing-masing tetapi pengaruh mereka terhadap saya tidak boleh dinafikan.
Individu pertama ini merupakan orang yang amat penting bagi diri saya. Walaupun tidak mempunyai pendidikan sehebat orang lain, "akal" untuk hidup dan "tulang empat kerat" beliaulah yang telah membesarkan saya dan adik-beradik. Ketika masih kecil, beliaulah yang sering mengingatkan kami adik beradik untuk "belajar rajin-rajin dan tinggi-tinggi". Tanpa beliau, saya tidak akan "kemana-mana" pada hari ini. Saya menjadi "orang"berkat penat lelahnya.
Individu kedua ini bak nyawa hidup saya. Tempat untuk saya mengadu dan berkongsi segalanya. Beliau umpama air dan api. Kepadanya saya menenangkan hati. Kepadanya juga tempat saya beradu kemarahan. Hanya beliau tahu cara dan pemikiran saya. Saya berdoa, apapun yang terjadi, biar mati yang memisahkan.
Individu Ketiga ini, saya ibaratkan sebagai seorang yang "well versed" di dalam hidupnya. Seorang yang tahu apa yang dituturkan dan faham kesannya. Pengalaman pahit dan manis yang dikongsikan bukan sekadar cakap kosong semata-mata. Kata-kata perangsang dan teguran beliau sering mendorong saya untuk pergi lebih jauh dalam hidup. Walaupun keras beliau merupakan teras.Walaupun kami berbeza, sikap saya sering dianggap oleh individu kedua serupa dengan beliau. Saya sendiri tidak pasti samaada ianya pujian ataupun tidak.
Semoga kasih sayang kami semua berkekalan selamanya.
Sehingga bertemu lagi.
1 comment:
Have a vision have a mission . . . + any sort of inclination, voluntarily it must be and never by compulsion.
Create an impression ... aim for 'excellence', and when all's done,
relax and
just let it be . . . que sera sera,
"Whatever will be will be"
Post a Comment