1. Hari ini saya nak bercakap mengenai "masa" yang bagi saya amat penting tetapi sering diambil ringan oleh ramai orang. Bukan niat nak memberi nasihat dan jauh sekali untuk mengajar tetapi setakat ingin berkongsi pandangan.
2. Ramai orang berpendapat masa itu adalah emas. Sungguhpun demikian, masih ramai yang terlupa hendak menghormati masa seperti mana "nilai" yang diberikan.
3. Kadang-kadang saya tak boleh faham mengapa ramai orang seringkali mengambil mudah mengenai masa. Sifat begini selalunya bukan sahaja mendatangkan masalah tetapi juga mendatangkan marah.
4. Saya sampai 4.4o petang, dalam setengah jam lagi saya sampai, boleh tunggu tak sekejap je, esok kita pegi dalam pukul 2 dll adalah antara ayat yang seringkali dilafazkan dengan begitu mudah tetapi sukar sekali untuk ditepati. Mungkin bagi mereka, masa dan janji tidak berjalan seiringan tetapi berlainan arah tujuan. Masalahnya, apabila masa tak ditepati maka timbullah "masalah".
5. Bayangkan perasaan anda sekiranya apabila sampai waktu yang dijanjikan, bayang muka muka pun tak nampak. Kalau pun ada yang nampak bayangnya, mereka buat-buat selamba macam tak ada yang berlaku. Nak cakap sampai..tak sampai-sampai...nak cakap pergi....tak siap-siap lagi...cakap nak cepat-cepat pergi....tak lagi pergi-pergi...
6. Positifnya, orang yang gagal menepati masa seringkali secara automatiknya boleh berfikir secara kreatif. Mereka ini secara kreatifnya boleh memberi 1001 alasan bagi mempertahankan diri daripada dipersalahkan walaupun lebih banyak yang tipu dari yang betul.
7. Menghormati masa tidaklah bermakna kita tak boleh lambat. lambat 5 minit bagi saya masih munasabah...lambat 10 minit...masih boleh dimaafkan....lambat setengah jam...walaupun marah , takpelah......hari-hari lambat....tak dapek den nak menolong eh
8. Fikirlah apa yang baik dan apa yang buruk. .
1 comment:
Demi masa ...baca dan fahamilah Surah Al 'Ashr yakni Surah ke 103 dalam Al Quran ...
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian ... (manusia yang tidak menghargai masa le tu!)
Bagi aku, bukan masa saja perlu dijaga dan dihormati ... bertangguh kerja juga harus dijauhi! Belum tentu segala kerja yang kita tangguhkan hari ini ... sempat kita bereskan esok hari.
Post a Comment