Monday, January 11, 2010

Saya, aku, kamu, beliau kamek, kitak dan.........

Hari ini hari Isnin dan sekarang jam di pejabat saya menunjukkan pukul 11.13 pagi. Pejabat bak penjara bagi diri saya. Kalau ikutkan hati, saya tak nak bekerja hari ni. Tapi apakan daya saya, ditelan mati bapak, diluah mati emak (betul ke?). Saya tidak mempunyai pilihan kerana pekerjaan ini merupakan pilihan saya. Tanpa membuang masa, saya  teruskan juga perjalanan ke bilik......
Sampai saja ke bilik aku terus duduk. Aku terus termenung dan berfikir jauh tanpa memperdulikan fail-fail yang berada di atas mejaku. Banyak benda yang aku fikirkan. Semuanya mengenai masalah. Masalah peribadi, masalah negara, masalah keluarga, masalah rakan-rakan dan macam-macam masalah. Fail-fail di depanku juga merupakan masalah yang mesti diselesaikan. Cis! Alangkah baik kalau aku dibayar untuk menyelesaikan masalah-masalah ini. Aku terkejut apabila tiba-tiba telefon di bilikku ku berdering...ala! siapalah yang call aku ni. Ini mesti nak bagi masalah kat aku...Tanpa memperdulikan telefon tersebut, aku biarkan ianya berdering. Lepas seketika baru aku pun menjawab panggilan...ku dengar suara receptionist di pejabatku.  Encik Rb, Cik Ar Dato' Amir Abb (klien) ingin bercakap dengan encik, kata receptionist. Sambungkan talian beliau...jawabku dengan suara yang agak kuat seolah-olah aku Bos besar.

Aku mulakan perbualanku dengan klien dengan memperkenalkan diri aku terlebih dahulu. Kemudiannya, aku pun pura-pura bertanya nama si  klien walaupun aku telahpun dimaklumkan namanya sebentar tadi. perbualanku dengan klien tidak lama. Rupa-rupanya beliau dan bapa beliau ingin mengadakan mesyuarat di pejabatku. Aku pun berkata pada beliau, "Cik Ar, kamu dan Dato' boleh datang ke pejabat esok hari jam 3.00 petang. Saya akan maklumkan kamu selewat-lewatnya petang nanti sekiranya mesyuarat perlu dibatalkan". Aku akhiri perbualanku dengan ucapan terima kasih dan selamat tahun baru (sampai sekarang aku terfikir kenapakah aku harus mengakhiri dengan sedemikian rupa. Macam ada sesuatu yang tidak kena). Aku pun cuba-cuba untuk termenung tetapi akalku buntu. Jadi aku pun membuat keputusan dengan berat hati untuk mula "bekerja" pada hari ini. Baru sahaja aku nak membelek fail-fail, handphone ku pula berbunyi. Kali ini aku jawab dengan pantas kerana emakku yang diseberang sana membuat panggilan.
"Kenak mak? ku kat opis tok. malam tadik Kamek duak anum tido rumah dibah. Bapak ngan mak mentuaku sihat. Kenak kuah lapis kitak kedakya. Abang anum nikah bulan 3 tok. Tadik ku call nak nanyak samaada bapak ada akaun bank bsn ka sik? tapinya sik nyawab. Kak tok ku callnya. Kitak apa polah mak? kitak kat cine tok. Meot sekolah sik. Petang kelak aku call ktak agik. Gi gago bekerja tok....ok bye" Inilah antara isi kandungan perbualanku dengan emakku yang tersayang. Mungkin agak pelik bagi yang tidak pernah mendengarnya tapi tidak sukar untuk memahami apa yang aku bualkan. Perkataan "Kamek" dan "kitak" bak darah daging hidupku. Sekuat manapun usaha aku untuk cuba berbahasa seperti orang kebanyakkan di KL, ada masanya aku tersasul juga. Walaupun tersasul, ianya tidak menghalang jodoh aku dengan isteriku yang terkenal di sebelah keluargaku dengan pujian-pujian "mukanya kedak tambi..hidung cuit-cuit...kacak anakko kelak". Aku  sentiasa puas mendengar pujian-pujian sedemikian.
Aku tersentak lagi..apabila pintu bilikku diketuk...Aku baru sahaja nak bermula untuk termenung semula untuk cuba menulis tentang perkataan "Saya, aku, kamu, beliau  kamek, kitak" yang aku gunakan setiap hari di dalam kehidupan aku. Aku lupakan seketika tentang hal ini dan aku pun membuka pintu. Sebaik sahaja pintuku terbuka, maka bermulalah pekerjaan ku di hari Isnin yang masih panjang ini secara rasminya pada jam 12.40 tengahari....

Selamat membaca

2 comments:

Unknown said...

kitak sik ada keja ka?gik ada masa nulis blog..to kamek suka...muah muah

Bamuda said...

boleh tambah lagi ganti nama lain ala Perak ... koma, dema, teman, mika,mengkema, tunang (bermaksud suami atau isteri), awak (bermaksud diri sendiri),opah,wan (bermaksud emak saudara bukan nenek seperti di negeri-negeri tertentu yang lain), dsb namun demikian ... kekuatan jati diri ... menyebabkan seseorang tidak mudah melupakan ganti nama di daerahnya sendiri!