Sunday, January 3, 2010

Aku Bukan Racist

Aku bangsa Melayu
Aku ber"bin"kan orang Melayu
Aku lafazkan dua kalimah syahadah
Aku Islam
Aku bercakap bagi bangsaku, aku racist
Aku bercakap tentang bangsamu, aku racist
Aku memperlekehkan bangsaku, aku populist
Aku mengkritik bangsamu, aku populist
Bangsaku sampai dulu
Bangsamu sampai kemudian, itu fakta
Bangsaku miskin
Bangsamu kaya, mungkin benar
Bangsaku makan rasuah
Bangsaku gila harta
Bangsaku kaki perempuan
Bangsamu begitu juga
Cerita ini bukan pasal bangsamu
Cerita itu pasal bangsaku
Cerita tentang Aku yang sedang cuba
Cerita tentang bangsaku.


2 comments:

Bamuda said...

Syabas kerana mencuba.Sememangnya orang yang cuba mempertahankan maruah bangsanya atau yang berusaha meningkatkan taraf bangsanya dengan sebarang cara, akan dipandang serong dari kaca mata bangsa yang lain, lantas dicap 'Racist'dengan sewenang-wenangnya. Ini lumrah alam.Dan, yang menariknya ada berbagai-bagai bangsa di muka alam ini! Maka berbagai-bagailah pula ragam manusia yang memanggil orang lain 'Racist' dan manusia yang dipanggil 'Racist' oleh orang lain. Tabah saje le. Berani kerana benar!

Unknown said...

well done..well written... :)