Tuesday, January 5, 2010

@s Posted at zul4kulim.blogspot.com (Yb Zulkipli Noordin)

Assalamualaikum Yb,
1. Bercakap mengenai penggunaan nama Allah oleh kaum lain, komen yang paling ingin dielakkan oleh saya ialah daripada menyentuh sensitiviti kaum lain.
2. Sungguhpun yang demikian, tidak bermakna saya akan mendiamkan dari melihat penggunaan nama Allah digunakan sewenang-wenangnya.
3. Saya menentang "perkongsian" nama Allah oleh kaum lain ini sebenarnya akan mendatangkan kekeliruan dan mudarat. Ini kerana perkara yang paling asas yang telah dilanggar adalah bahawa maksud nama Allah telah pun "divariasikan".
4. Saya tidak menentang orang bukan Islam dan Saya juga tidak menentang orang bukan Islam menyebut nama Allah. Namun biarlah ianya merujuk kepada Islam.
04 January, 2010

Assalamulaikum Yb,

1. Saya bersetuju dengan pandangan Yb bahawa di dalam memberikan pandangan dan atau menyanggah sesuatu pandangan ianya seharusnya disertakan dengan nas, dalil dan atau bukti-bukti sebagai sokongan.
2. Keduanya, pandangan yang diberikan bukanlah berdasarkan emosi semata-mata-mata.
3. Adalah menjengkelkan apabila si pendebat yang ketandusan modal cuba mengalihkan hujahan dengan membangkitkan sesuatu yang bukan menjadi isu perdebatan.
4. Melabelkan seseorang sebagai pro pihak-pihak tertentu tanpa melihat kepada isu dan hujahan-hujahan yang terlibat adalah satu mainan politik biasa di Malaysia.
5. Sebagai contoh, membaca blog YB tidak menjadikan saya penyokong YB. Bersetuju dengan sesetengah pandangan YB tidak semestinya saya dan YB di dalam satu aliran ideologi. Berbeza pandangan saya dengan YB, tidak semestinya saya pro mana-mana pihak yang lain.
6. Apa yang saya cuba sampaikan adalah bahawa, di dalam berdebat biarlah ianya disokong dengan alasan-alasan yang kuat. Apa yang perlu dibantah hendaklah dibantah walaupun satu aliran. Yang membezakan cara yang digunakan.
7. Jangan semata-mata menentang penggunaan nama "Allah" saya dilabelkan sebagai menentang Orang bukan Islam sekaligus dicapkan sebagai "racist".
05 January, 2010

No comments: