Showing posts with label Berita Hari Ini. Show all posts
Showing posts with label Berita Hari Ini. Show all posts

Wednesday, August 18, 2010

Berita H@ri Ini -S.O.S


U/K KUALA LUMPUR – Dua penduduk kampung Kaki Bukit telah diarahkan oleh pihak yang berwajib untuk membuat dua laporan kecemasan dengan membakar ranting-ranting kayu dan arang di sekitar rumah mereka.  Tindakan "pembakaran terbuka" ini dipercayai bermula setelah dalam tempoh  dua minggu ini, dua makhluk "halus" telah dikesan berlegar-legar di dalam rumah sambil "mengganggu" mereka dengan "jeritan-jeritan"yang amat menyeramkan.
Ketua Sokongan Operasi Penyelamat,  Sarjan Al-Ramadahani berkata, kehadiran makhluk-makhluk “halus” ini sebenarnya tidak akan memberikan apa-apa kesan buruk berpanjangan tetapi sebaliknya akan lebih menguntungkan kedua-dua penduduk ini. Beliau percaya bahawa dengan hanya menggunakan cecair lemak manis sudah memadai untuk “mendiamkan” makhluk-makhluk “halus” ini. Menurut beliau lagi, bekalan-bekalan lemak manis itu boleh didapati di mana-mana pasaraya berdekatan.
 “Saya yakin dengan adanya makhluk-makhluk “halus” ini, ianya akan menggalakkan orang ramai samada jauh dan dekat menghantar hadiah-hadiah tanpa perlu diminta-minta walaupun hari raya masih jauh lagi,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di ONGOING NEWS! Walaupun bukan setiap hari ini.
Berita ini dilaporkan “live” oleh wartawan pelatih, TomatoMan.

Friday, June 25, 2010

Berita H@ri Ini


ULU KELANG 24 Jun - Bakal Orang Kaya di Jabatan Bukan Perdana Menteri, Puan Seri Maz Anum berkata, beliau dan rakan-rakannya akan mempertahankan dalam apa jua  keadaan berkenaan hak-hak wanita untuk memberikan sebarang pendapat, komen, celahan, teguran dan dakwaan walaupun menyedari kesan-kesan yang tidak sepatutnya yang bakal berbangkit. Beliau juga menegaskan bahawa hak-hak tersebut merupakan hak ekslusif wanita masa kini walaupun beliau telah beberapa kali menerima teguran keras daripada individu tertentu untuk tidak campur tangan.
Menurutnya lagi, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memberi kesedaran walaupun apa yang dikatakan mungkin melampaui batas. "Reality bites," katanya ketika ditemuramah secara langsung oleh wartawan pelatih "ON GOING NEWS".
"Walaupun di dalam situasi saya sebegini, ianya tidak akan menjadi penghalang bagi saya untuk bercakap," katanya.
Sheikh Al-Sarawaki ketika diminta mengulas pandangan Puan Seri Maz Anum di atas, dengan rendah diri berpendapat bahawa adalah memang tidak menjadi satu kesalahan untuk campur tangan di dalam keadaan tertentu namun biarlah berpada-pada. Beliau mencadangkan ada masanya adalah lebih baik berdiam diri daripada terlalu banyak mengeluarkan pendapat yang mungkin akan menjerat diri sendiri.
"I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel (American Poet)," katanya.