Friday, June 25, 2010

Berita H@ri Ini


ULU KELANG 24 Jun - Bakal Orang Kaya di Jabatan Bukan Perdana Menteri, Puan Seri Maz Anum berkata, beliau dan rakan-rakannya akan mempertahankan dalam apa jua  keadaan berkenaan hak-hak wanita untuk memberikan sebarang pendapat, komen, celahan, teguran dan dakwaan walaupun menyedari kesan-kesan yang tidak sepatutnya yang bakal berbangkit. Beliau juga menegaskan bahawa hak-hak tersebut merupakan hak ekslusif wanita masa kini walaupun beliau telah beberapa kali menerima teguran keras daripada individu tertentu untuk tidak campur tangan.
Menurutnya lagi, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memberi kesedaran walaupun apa yang dikatakan mungkin melampaui batas. "Reality bites," katanya ketika ditemuramah secara langsung oleh wartawan pelatih "ON GOING NEWS".
"Walaupun di dalam situasi saya sebegini, ianya tidak akan menjadi penghalang bagi saya untuk bercakap," katanya.
Sheikh Al-Sarawaki ketika diminta mengulas pandangan Puan Seri Maz Anum di atas, dengan rendah diri berpendapat bahawa adalah memang tidak menjadi satu kesalahan untuk campur tangan di dalam keadaan tertentu namun biarlah berpada-pada. Beliau mencadangkan ada masanya adalah lebih baik berdiam diri daripada terlalu banyak mengeluarkan pendapat yang mungkin akan menjerat diri sendiri.
"I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel (American Poet)," katanya.

4 comments:

Unknown said...

mcm hanging jak crita tok..... br jak nak hype time maca tek...last2 cam potong jak

Rb@ssociat3S said...

Wan...sebab ya nama cerita tok berita hari ini...berunsur saspen skit..kelak aku nulis berita sepanjang hari..Editor "ON GOING NEWS".

Unknown said...

sila bayar royalti pada puan seri maz....berita ni tak boleh disiarkan without my permission....

Anonymous said...

Salam semua,

Lantak kome le . . . sukahati nak cakap, cakap . . . nak diam, diam. Cuma jangan langsung tak bercakap atau langsung tak boleh diam cukup le!

Bersederhanalah . . . kata orang!

drpd:
orang lama yg tak suka diam sangat!