Seringkali ketika duduk berseorangan, saya sentiasa memikirkan apa yang telah saya dan orang lain lakukan pada hari itu dan hari-hari sebelumnya. Tidak semuanya baik dan tidak semuanya manis.
Saya telah cuba untuk melakukan apa yang patut setiap hari. Saya akui tidak memadai namun saya sentiasa berusaha ke arah itu. Begitu juga orang lain.
Namun lumrah manusia, akan sentiasa membuat keputusan untuk melakukan apa yang tak patut dari apa yang patut walaupun ada yang cuba menegur tidak kira teguran cara baik atau sebaliknya. Saya tidak terlepas membuat perkara yang sama. Begitu juga dengan orang lain.
Kadang-kadang saya sendiri tidak faham mengapa kita selalu melakukan apa yang tidak patut. Adakah kerana kita terlalu dungu untuk memahami konsep apa yang patut dan tidak patut. Adakah disebabkan kita sentiasa berfikir bahawa apa yang kita buat sentiasa betul atau adakah disebabkan oleh ego semata-mata. Ataupun sememangnya kita tidak mempunyai kesedaran mengenainya.
Kesimpulannya, kita sentiasa silap di dalam membuat keputusan berkenaan apa yang patut dan apa yang tak patut.
1 comment:
Salam,
Itulah makanya ada ungkapan atau kata-kata yang menyatakan . . . 'buat berpatutan sahaja' atau 'patut-patutlah' atau 'biar patut-patut'... semuanya membawa erti 'bertindaklah secara sederhana'. Dan, kalau orang yang cerdik . . . akan ditambahnya 'bertindaklah secara sederhana dan bijaksana'. Pendekkan cerita, biar cenderung kepada 'patut' jangan kepada 'tidak patut'
Post a Comment