Monday, March 1, 2010

My Team Bola dulu dan sekarang


Saya suka main Bola
Hari-hari saya main Bola
Bermain bola (saya bercakap tentang bola padang dan bukan futsal) adalah minat saya semenjak kecil lagi. Boleh dikatakan saya sanggup untuk bermain bola tak kira  waktu hujan, panas, ribut, kilat atau tengah berjerebu. Setakat Kilat sekali dua belum cukup untuk menghentikan permainan. Dekat atau jauh padang bola bukan satu masalah yang besar.  Dengan berkaki ayam, padang batu kerikil tidak menjadi isu.  Waktu itu saya dan "the geng" sanggup meredah kampung orang semata-mata nak pergi bermain bola. Silap gaya, boleh kena belasah sebab mentaliti untuk membelasah orang luar wujud dari dulu lagi sehingga ke hari ini. Itulah semangat keberanian saya waktu itu. Sekarang semangat tersebut saya kira merupakan satu kebodohan walaupun ianya merupakan satu pengalaman yang baik.
Saya yakin saya pemain bola yang baik pada ketika itu walaupun tidak "sehebat sekarang" :). Oleh yang demikian, saya sentiasa terpilih @ memilih bermain untuk kelas, sekolah, kampung sendiri dan kampung orang (ikut kawan).
Saya sentiasa termasuk dalam pemain kesebelasan utama setiap "team" yang saya wakili.
Pengalaman yang saya tidak pernah lupakan adalah ketika saya bermain untuk team kampung saya yang dikenali sebagai "teamstapok". Pada ketika itu saya berusia lebih kurang 16-17 tahun dan berbadan kurus dan kecil sekali. Saya berbangga dapat mewakilinya kerana ianya merupakan satu "legasi" yang berterusan pada ketika itu untuk kampung saya daripada zaman saya masih budak-budak atau mungkin belum dilahirkan. Pakcik-pakcik saya pernah mewakili "team" tersebut. Kalau tak silap saya "teamstapok" tersebut pernah dikenali sebagai "Hilltop" yang tujuannya dibentuk untuk menyertai mana-mana pertandingan yang kebiasaan formatnya pada ketika itu "kalah mati". Beberapa pemain "teamstapok" adalah juga bekas pemain-pemain "Hilltop" yang masih aktif bermain. Boleh dikatakan, majoriti "teamstapok" adalah pemain yang berusia melebihi 30 tahun yang jauh berbeza umur dengan saya. Seingat saya, hanya beberapa orang budak sahaja yang  "diterima"bermain untuk "team" tersebut.
Sepanjang bermain untuk "team" tersebut, saya bermain di bahagian serangan memandangkan "kelajuan" yang saya ada. Saya dipasangkan dengan seorang Penyerang ( umurnya lebih kurang umur bapa saya) yang bagus tetapi amat "tamak" dan baran (suka nak bergaduh) yang kini telah pun meninggal dunia. Tidak semua orang boleh bermain dengan beliau namun sungguhpun saya tidak berapa menyukai beliau, kami bolah dikatakan agak "berbahaya" dan sesuai bermain bersama. Setiap kali bermain, beliau tidak pernah gagal menjaringkan gol walaupun "team" kami kalah.
Saat bersejarah sebagai pemain "teamstapok" yang masa diingati adalah ketika mana saya menjaringkan "hatrick" dalam satu "tournament" yang diadakan beberapa hari yang telah melayakkan "teamstapok" ke suku akhir.  Walaupun  perlawanan tersebut dicemarkan dengan "pergaduhan" saya tidak masuk campur dan saya biarkan saja "pemain-pemain lain untuk bertumbuk sebelum ianya dileraikan. Namun, di peringkat suku akhir, saya tidak bermain. Walaupun saya dipanggil saya enggan bermain kerana dua alasan utama. Pertama sekali, kerana demam sebab bermain dalam panas terik pada hari sebelumnya. Keduanya sebab saya "takut" sedikit nak bermain sebab lawan yang bakal kami berjumpa adalah dari kampung yang amat terkenal dengan "kejahatannya" yang seringkali mencetuskan pergaduhan. "teamstapok" akhirnya telah tewas di peringkat suku akhir.
Bermain mewakili sekolah Menengah adalah merupakan antara cita-cita setiap pemain bola. Saya berjaya memenuhi cita-cita tersebut walaupun ianya hampir "tersekat" akibat saya lewat datang pada pemilihan terakhir pasukan sekolah . Saya hanya sampai pada kira-kira 30 minit terakhir setelah pemain-pemain lain telah mula bermain dan berlari  semenjak 2 jam untuk"bertanding" dan menunjukkan bakat pada Cikgu Suhaimi yang berasal dari Johor. Sebenarnya, kelewatan tersebut bukanlah disebabkan saya tidak berdisplin tetapi kerana saya pergi membeli kasut but di bandar untuk tujuan pemilihan pada hari yang sama. Saya terlewat akibat tertinggal bas. Namun, atas keinginan yang tebal dan berbekalkan muka "tebal", saya dengan selambanya datang ke padang bersama-sama dengan kasut but yang masih di dalam kotak dan masih "berkilat". Selepas memasang kasut, saya terus berjumpa dengan cikgu dan disuruh masuk ke padang untuk terus bermain. Habis sahaja permainan untuk pemilihan, selain daripada lewat, saya sememangnya kecewa sebab tidak berpeluang untuk menunjukkan bakat saya lebih lama pada cikgu Suhaimi. Saya menjangkakan saya tidak terpilih sebab cikgu Suhaimi  "agak "kerek". Namun, ketika pengumuman dibuat oleh cikgu tersebut, saya turut terpilih. Sehingga kini saya tidak tahu mengapa saya terpilih? Adakah mungkin disebabkan kasut but yang baru yang berharga lebih kurang RM70-80, atau adakah disebabkan permainan saya pada hari itu, atau adakah beliau pernah melihat saya bermain bola sebelum ini, atau adakah sebab semangat saya, atau adakah kerana beliau telah mengenali saya memandangkan saya turut mewakili sekolah dalam sepak takraw dan badminton yang mana beliau turut terlibat.
Itulah kehidupan saya semasa bergelar Pelajar dan Pemain Bola di Kampung.
Di Universiti,  saya masih bermain bola padang walaupun tidak setiap hari. Saya memilih pelajaran saya sebagai keutamaan. Oleh yang demikian, walaupun ada "selection" untuk kolej dan universiti diadakan, saya memilih untuk tidak mengikutiya.  Minat memang ada tetapi masa tidak mengizinkan. Sungguhpun demikian, saya masih bermain untuk "faculty" yang mana team tersebut dikenali sebagai "LawSoc". Kami juga adalah antara pelopor terawal bermain bola di hadapan padang "faculty" bersama-sama "lecturer"dan "staff" sebelum padang tersebut di"blacklisted" dari digunakan sebagai padang bola. Kali terakhir saya melaluinya, saya lihat kini padang tersebut telah diubah menjadi tempat letak kereta. 
Pemain-pemain "LawSoc" terdiri daripada pelajar junior, senior dan super senior.  Team "LawSoc" terbahagi kepada dua team iaitu "LawSoc A " dan "LawSoc" B. Kamu mestilah pemain yang baik bukanlah satu prinsip yang diamalkan oleh team "LawSoc". Prinsip yang diamalkan adalah kamu ingin bermain untuk LawSoc. Prinsip ini penting kerana sebenarnya bukan mudah untuk membentuk team "LawSoc" disebabkan komuniti pemain bola di "faculty"amat kecil sekali. Saya tidak pasti samada team bola "LawSoc" masih wujud ataupun tidak. Sepanjang bergelar pemain untuk "LawSoc",  kekalahan demi kekalahan dialami di dalam "friendly" dan "inter-university" yang diadakan setiap tahun. Tetapi ianya bukan satu isu yang besar kerana prinsip kami adalah yang penting kami bermain bola dan menang gaya. Pencapaian terbaik team "LawSoc"adalah tempat ketiga "inter-university" yang diadakan di tempat sendiri. Sayang, sebab kalah semi-final sepakan penalti. Walaupun kalah, sekurang-kurangnya saya berjaya melaksanakan sepakan penalti. 
Ketika team bola "LawSoc" mula pudar dan ketika saya dihujung "karier" bergelar pelajar "U", saya dan rakan-rakan di dalam team "LawSoc" mula beralih arah ke arah futsal. Bola padang sedikit demi sedikit ditinggalkan. Tempat kami adalah di "SportsBarn" PJ. Tak Silap saya, permainan futsal kami selalunya sebelah malam sebelum ianya ditukar ke hari sabtu sebelah pagi setiap minggu. Setelah hampir 2-3 tahun , akhirnya tahun lepas, secara tidak rasminya saki baki pemain "LawSoc" telah tidak lagi bermain bersama-sama. Aktiviti di SportsBarn Futsal sehingga kini masih terbengkalai dan saya tidak pasti sama ada kami akan dapat lagi bermain bola bersama.
Kini, saya hanya main bola setiap hari Jumaat malam Sabtu setiap minggu. Masih lagi bermain dengan baik. Permainan saya juga lebih matang berbanding dulu cuma stamina dan berat badan menjejaskan sedikit pergerakkan. Kini, hari Jumaat malam Sabtu merupakan hari yang sentiasa saya tunggu. Ini semua kerana bola.
-Tido bola Makan Bola-
p/s - Pujian atas diri saya sendiri di atas adalah ikhlas dan bukan berniat untuk meninggi diri. Siapa lagi nak "angkat bakul sendiri" kalau bukan kita sendiri. :)

1 comment:

Goku said...

good footballer.........