"Hati-hati bila bercakap, takut dek kerana pulut santan binasa
Cakap siang jeling-jeling, nanti banyak yang naik juling
hati pun jadi kering
cakap biar betul-betul
jangan jap puh kanan jap puh kiri
macam orang tak sedar diri"
"disclaimer"
-puisi @ sajak @ cerita pendek @ syair di atas ditujukan khas kepada saya sendiri dan tidak ada kena mengena dengan sapa-sapa. Penjelasan yang dibuat ini bagi mengelakkan perasaan kecik hati dengan tidak semena-mena. Namun kepada yang orang-orang yang alim lagi bijaksana, sudah semestinya boleh mengesan muslihatnya yang beragam macam omputeh kato "dak anum membunuh dua ekor burung dengan menggunakan seketul batu" atau "cik pot memanggil Cik kettle black".
Sebenarnya, ianya ditulis sedemikian rupa kerana baru-baru ini saya mengalami satu sindrom. Tak kronik tapi ironinya nampak je "C" tegur. Nampak je "C" puji. "C" pun macam tau-tau je. Alangkah rahmatnya, kalau jadi dengan "C", boleh kasi gegar keramat tau! Sungguh tak disangka-sangka, "G" telah berkecil hati hingga sanggup buat hal. Sikit-sikit dia cari pasal sebab nak ingatkan saya dengan kata-kata orang dulu-dulu iaitu "kera dihutan disusui anak sendiri mati kelaparan". Mungkin dia terasa hati sangat kot bila saya asyik nak "mention" tentang "C" je sedangkan dia kakitangan kanan saya.
Jadi, saya telah membuat keputusan untuk "berposa" seketika dari menyentuh tentang "C" bila "G" ada disisi untuk mengelakkan masalah. Biarlah saya menjaga kebajikan "G" dulu.
Buat "C" for the time being we shall"go and fly a kite". Adios.
No comments:
Post a Comment