Friday, May 25, 2012

Si Pengampu


1.            Sebenarnya idea untuk menulis isu tentang pengampu ni datang secara tak langsung  daripada Ajim, anak kecikku yang berumur lebih kurang 19bulan. Asalnya, isu awal yang berada dalam fikiran adalah berkenaan politik semasa dan berkenaan satu artikel yang aku baca yang mana menyamakan orang makan gaji sama seperti haiwan peliharaan. Berat sangat kan.
2.            Memang benar kata orang, idea menulis datang tak kira masa dan tak kira keadaan. Dipendekkan cerita, dalam aku tengah marah-marah, ajim yang tengah “nakal”tu datang memeluk kaki dengan pandangan mata puss in boots dan dengan muka anakku sazali berkata sehabis lembut seolah-olah memujukku “abah-abah-abah” berulang kali. Terus aku tak jadi nak marah.  Tetapi berdetik dalam hatiku..Ajim mesti dah bagi signal “berhati-hati dengan pengampu”.  So, apa lagi! boleh start “menggoreng”la.


 
3.         Sedar tak sedar memang banyak pengampu sepenuh masa di sekeliling kita. Kadang-kadang kita sendiri juga sering mengampu walaupun tak sepenuh masa. Tetapi yang memeningkan  apabila kita boleh kenal pasti pengampu tegar ni.
4.         Ada baik dan buruknya mengampu ni. Baiknya mengampu pada aku ni ada satu je iaitu kalau pandai mengampu banyaklah “baiknya”.
5.         Yang buruk pasal Si Pengampu ni pula pada pendapat aku sangatla banyak. Misalnya:-
·         Boleh mendatangkan marah pada si pesaing yang tak reti sgt nak mengampu atau menjeleskan pengampu separuh masa.
·         Si pengampu boleh datang dalam pelbagai rupa dan tak kira tempat walaupun Yang kena ampu tak bersedia dengan ampuan.
·         Pengampu ni pada dasarnya nampak “very innocent”. Kalau tak berhati-hati.. Si kena Ampu boleh silap langkah. Silap haribulan boleh hai Hai Bye bye.
·         Si Pengampu akan terus mengampu Si Kena Ampu selagi mana dibiarkan. Sekiranya ini berlarutan maka Si Pengampu akan berjaya mendapatkan 1st Class PHD  dengan mudah. Paling Hot Doh!
·         Si Pengampu mengampu tak kira ada kepentingan atau tidak. Tujuan utama mudah..untuk mengambil hati Si Kena Ampu.
·         Si Pengampu sering beroleh kemenangan walaupun ampuannya secara sedar diketahui.
·         Si Pengampu sering cuba menyalahkan Si Pengampu yang lain.


(please note that the list provided should not be regarded as exhaustive)

6.            Memang banyak Si Pengampu yang kalau boleh aku nak “rembat”. Tapi terlalu banyak “tapi/hati” yang perlu dijaga. Itulah yang menyebabkan pemegang PHD banyak yang argue “qui tacet consentire videtur= he who is silent taken to agree”.
7.         Si Pengampu ni umpama kanser. Sekali merebak sukar untuk diubati. Akhirnya ramai yang terkorban dan berkorban. Mungkin satu je ubat yang boleh mengubatinya, “Jauhi Si Pengampu Sejauh Yang Mungkin”.
8.         Aku tinggalkan ruangan ini dengan satu petikan kata-kata aku  perolehi di internet. Mungkin relevan mungkin tidak.

“TO KISS ARSE IS HOW PEOPLE REACH HIGH POSITIONS AND PLACES”
- James Whitaker Column: Dear James by The Mirror (London)
 

No comments: