Tuesday, March 22, 2011

Apa ada Pada hatiku

Hatiku mutiara Mudah Pecah
Perahu yang hampir Patah
Sejernih Kristal pasti Retak
Hanya kerana kurang, tersentuh Jiwa tergadai

Apa ada pada Hatiku
Berlidah! berurat! berdarah semata
Mudah Dicacak dan DiPacak
berkali Diacah hampir hampa

Hatiku ingin berpetualang
Membasuh Api dengan Api
Hinggakan terkedu terkilan
Melihatkan Ashhabul Kahfi bangkit semula

Apa ada pada Hatiku
berfikir merenung segala
"Mudahnya tidak begitu,"jawab atid.
Hujung Dunia masih di sana

Hatiku mengadu indah
pasti beradu si dajjal
hingga garisan penentu
sampaikan hatiku berkata "Mengapa begitu?" 

Apa ada pada hatiku
yang hak dikatakan batil 
dan yang batil dikatakan hak
akukah yang terlupa


oleh: rbassociates
Jumaat 18/03/2011


No comments: