Friday, November 19, 2010

Aku yang fening ka Hakim yang fening!

Last Month, @ku ada bicara kat Penang Court utk satu kes yang bagi aku mudah..Dalam keadaan biasa “or in the ordinary course of business”...normally aku akan succeed dalam kes-kes sebegini..
Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan batu yang melanda...ku sangka ku menang rupanya jatuh tersungkur dek Hakim yang membuat keputusan menolak tuntutanku...
Kalah menang sudah menjadi kelaziman. Itu aku faham....Setau aku no lawyers in town yang berani menjanjikan kemenangan..silap-silap boleh kena slashed to death.
Kalah tak mengapa tetapi mesti berasaskan alasan-alasan yang boleh diterima akal or at least make sense..Dalam kes aku ni berbeza sikit..itu yang aku tengah fening lalat membaca alasan yang diberikan..
Untuk memudahkan pemahaman, aku ringkaskan dengan seberapa ringkas yang boleh fakta kes dan hujahan aku..
1. Anak guam aku tuntut hutang barang yang dihantar kepada Defendan berjumlah 70k
2. Defendan menafikan keberhutangan. Defendan tak hutang satu sen pun... Namun di dalam masa yang sama menyatakan Plaintif yang sebenarnya berhutang RM30k dengannya. Jumlah 30k tersebut diperolehi setelah Defendan tolak RM100k (kerugian yang kononnya dialami) dengan 70k yang dituntut.
Aku dengan bongkaknya menghujahkan bahawa Kalau Defendan tak hutang satu sen pun kenapa Defendan nak tolak RM100k dengan 70K..kan tak masuk akal...kerugian yang dituntut tak pernah dibangkitkan sebelum ini. [Ambil perhatian para pembaca bahawa isu kerugian ini tidak relevan dengan perbincangan di sini]
Defendan menghujahkan bahawa Defendan berhak kepada 30k setelah ditolak tuntutan Plaintif dengan tuntutan kerugian Defendan sebanyak RM100k..back to square one
Keputusan Hakim
(a) Plaintif gagal buktikan Defendan hutang RM70k
(b) Defendan berjaya buktikan bahawa Plaintif kena bayar RM30k kepada Defendan. Jumlah ini diperolehi dari jumlah 100k tolak RM70k (jumlah yang dituntut)

Keputusan ini aku pertikaikan atas alasan yang mudah yang merupakan argument aku dari mula lagi...KALAU AKU GAGAL BUKTIKAN DEFENDAN HUTANG 70K SEPERTI YANG DIPUTUSKAN, WHY ON EARTH, MAHKAMAH TOLAK 100k dENGAN MY PRECIOUS 70K YANG KONONNYA TIDAK DIBUKTIKAN! TAK BOLEH DITERIMA DEK AKALKU..MUNGKIN AKAL KORANG kot
Pendapat anda?

2 comments:

Anonymous said...

might as well suruh Plaintif bayar 100k terus sebab Plaintif kan gagal buktikan that 70k

peacewalker said...

ada juak org x betul....urusniaga dah terbukti ada...yalah,cuma x da copy/resit...bab ya kalah