Wednesday, August 18, 2010

Berita H@ri Ini -S.O.S


U/K KUALA LUMPUR – Dua penduduk kampung Kaki Bukit telah diarahkan oleh pihak yang berwajib untuk membuat dua laporan kecemasan dengan membakar ranting-ranting kayu dan arang di sekitar rumah mereka.  Tindakan "pembakaran terbuka" ini dipercayai bermula setelah dalam tempoh  dua minggu ini, dua makhluk "halus" telah dikesan berlegar-legar di dalam rumah sambil "mengganggu" mereka dengan "jeritan-jeritan"yang amat menyeramkan.
Ketua Sokongan Operasi Penyelamat,  Sarjan Al-Ramadahani berkata, kehadiran makhluk-makhluk “halus” ini sebenarnya tidak akan memberikan apa-apa kesan buruk berpanjangan tetapi sebaliknya akan lebih menguntungkan kedua-dua penduduk ini. Beliau percaya bahawa dengan hanya menggunakan cecair lemak manis sudah memadai untuk “mendiamkan” makhluk-makhluk “halus” ini. Menurut beliau lagi, bekalan-bekalan lemak manis itu boleh didapati di mana-mana pasaraya berdekatan.
 “Saya yakin dengan adanya makhluk-makhluk “halus” ini, ianya akan menggalakkan orang ramai samada jauh dan dekat menghantar hadiah-hadiah tanpa perlu diminta-minta walaupun hari raya masih jauh lagi,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di ONGOING NEWS! Walaupun bukan setiap hari ini.
Berita ini dilaporkan “live” oleh wartawan pelatih, TomatoMan.

1 comment:

Bamuda said...

Salam RB Associates,

Dua makhluk halus tu dah ada nama glamour . . . Tomato Man yang beri . . . he he. Satu Black Seed Boy (BSB) aka China Kamps . . . satu lagi Umar PB (Pun Boleh) aka 'Mamak' Cape Town.

Biarkan, biarkan . . . Si Luncai Terjun Dengan Labu-labunya!