Friday, March 11, 2011

Majlis Aqiqah, bercukur & Pemashuran nama

Hati kami bersyukur dan bertafakur, di atas kurniaan Yang Agung atas segala-galanya.
Perbuatan kami menjelaskan lebih dari perkataan kami yang menyatakannya.
Mata kami mengambarkan kebahagiaan hati kami lebih dari mulut kami menjanjikannya.
Jiwa kami gembira atas permashuran zuriat kami..
Namun hidup kami tidak sempurna jika kami melupakan jasa-jasa mereka yang mengerti..

khas..dari Ajim, abah & Mak

Friday, March 4, 2011

Lagu untuk AJim


Eeny, meeny, miny, moe
Kucing itam tokleh le
pegang jangan ago-go,
hello, helly, honey, ho
 
Eeny, meena, mina, mo
Mama says please no more
Abah says dun ever let her go,
Heena, Meena, Nina, ho.
 
Eenie, meenie, tipsy, toe
Opah, Nah Ok Jer
O Atok, Nek,  dimano,
Ajim dah poning kepalo, ho!
 
Eeny Meeny Miney Mo
 We all pun nak samo
kalau tak please let me know
so,  my dad can take over


p/s....Lirik dah ado....nak tunggu lagu jo
Pencipta lirik: Ajim Budak Lagi

Thursday, February 17, 2011

NGEREPAK

Kawan,

Nak molah keputusan sik senang. Manas ngan Nganok urang gik senang dari ya. Camyalah. Camtoklah. Maok juak ati nak madah tapi malas eh. Urang jak sik nyaga atiku. Mun ku dah berbunyi mesti banyak yang kecik hati. Mun sik cayak tanyak Bini ngan urang yang nak lamak tauk ngan perangei ku. Mun ku ngerepak kompom imam ke masjid terkejut nengar. Apa sik sangka tek eh. Pandei “berzikir” juak paduhal. Mun ku dah manas, terpaksalah sidak ya napok mancis apa takut aku nunok uM. Sebab ya mun dolok berkelae di skolah ku sik embak barang, takut terlanjo antu abis pecah lubang perut. Telepon nenek ku nun. Mestinya nyawab camtok. “Free hand, bukuk lima, ujung kaki” sik duli. Mun dah manas, relax ajaknya mecah cermin ya. Sebab ya bertanda banyak gilak di badan. Sigek jak nya sik suka molah. Ngantok dirik ke dinding. Kedak tambi. Tapi terer-terernya sik sempatnya ngelek ditumpu Matdom sampei biru mata. Sbenarnya sik sempat sebabnya main tipu. Aku gik klaka bah. Belum berjarah lalu dibante. Baruk nak balas balit dah rami urang nahan. Apa boleh buat. Paling jaik nyambung “berzikir” balitlah.
Sebab ya kinek tok, mun dapat, aku sik maok malas balit apa-apa yang sik bertempat. Komen negatif ka, lawak negatif ka, sindir negatif ka, dsb. Tapi kadang-kadangku terlepas juakla. Tapi paling sik pat ku control mun aku terkejut. Mesti darahku nait palak terus. Terus jadi sik “cool”kedak urang jahilliah. Jahiliah pun jahilliahlah. Janji ku puas. Mun sik cayak tanyak miak LAW UM, siapa miak yang ngepong tambi embak bertumbok segal kenak “tackle” main bol. Tanyak juak sidak midvalley munnya ada rakam miak nganok miak ompuan sampei nangis nyaga parking segal duit sik sampei tiga ringgit. Pegi sabah nun nanyak kawan ku siapa ngannya “so-called” gi ngugut miak kat kolej 8 (esen gilak. Segal dapat berkawan ngan “kajol”)-12 (beraninya muka speaker besa-besa) dolok kedak dirik kuat gilak. Gi Sandakan nun, mesti kawan askar ku tauk perangei ku.
Aku paling sik suka urang esen. Iboh lawa gilak nganok urang sukati. tua kah. mudak kah. Aku sik duli. Aku sik berbunyi pun ada sebab musabab. Ada “ati” yang perlu dijaga. Kadang-kadang lupak diriknya bukan lawan tapi suka ninggi dirik. Mun aku masuk “neraka” belum tentunya masuk syurga. Mun aku dah start “esen” mesti rami urang sik suka. Ko suka kah?

p/s kelak ku nyambong balit ngerepak.

Yang Benar,
Enam Ringgit

Thursday, February 10, 2011

As posted at Lawyerstalk

Dear my learned friend and members of the bar,
The answer for the question is self explanatory. If this country called Melayu-sia, instead of Malaysian you are now Melayusian. Sometimes sound good to me but sometimes not.
Whether it Malay-sia and/or Melayu-sia and/or Planet of the Apes, I believe the rights of Melayu-sian and Non Melayu-sian should be protected.
As Melayu-sian I will try to safeguard my rights at the very best of my ability  but I shall not forget of article 8 of Federal Constitution which says that there shall be no discrimination against citizens on the ground of religion, race, descent, place of birth or gender except as expressly authorised.
We may argue and re-write history but I personally think it serve no purpose especially if may cause chaos. "Jangan kerana mendengar guruh dilangit habis air ditempayan dicurahkan" and " jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga".
As my friend rightly said, "stamford bridge is falling down, falling down falling down, stamford bridge is falling down!

Aku BUKAN RACIST
Aku bangsa Melayu
Aku ber"bin"kan orang Melayu
Aku lafazkan dua kalimah syahadah
Aku Islam
Aku bercakap bagi bangsaku, aku racist
Aku bercakap tentang bangsamu, aku racist
Aku memperlekehkan bangsaku, aku populist
Aku mengkritik bangsamu, aku populist

Bangsaku miskin
Bangsamu kaya, mungkin benar
Bangsaku makan rasuah
Bangsaku gila harta
Bangsaku kaki perempuan
Bangsamu begitu juga
Cerita ini bukan pasal bangsamu
Cerita itu pasal bangsaku
Cerita tentang Aku yang sedang cuba
Cerita tentang bangsaku
Regards,
Roy


Sent: Thu, February 10, 2011 2:57:24 PM
Subject: Re: [Lawyers Talk:4653] Fwd: RAJA ZARITH IDRIS' on goodwill


Does "Malay"-sia imply that only English-speaking Malays own this land, otherwise surely it would have been called "Melayu"-sia?

Just wondering ;-)

Kheng Hoe

Monday, February 7, 2011


Wahai anakku,
d'cinun duduk tak mengapa
d'cini berlari tak mengapa 
disinun duduk mengapa?
disini berlari tak mengapa
tidak mengapa duduk jika terguris d'cinun
berdiri jika terhiris pun tidak mengapa d'sini
namun janganlah duduk dan janganlah berdiri
kalau hanya disinun dan tidak disini
kasehmu disini tidak mengapa
dipandang mulia takkan dicerca
kasehmu dicinun bagaimana
dipandang mudah hati binasa
yang mudah itu hati
yang susah itu nafsu nafsi
yang disinun sudah mengerti
yang disini menjadi saksi



 






Tuesday, January 18, 2011

Bukan nak cakap besar

Hi,
Dah lama bebenor rasanya tak menulis. Dah takde idea camne nak menulis. Lagipun terlalu busy ngan hal kerja. Hari-hari kerja. Tak jugak abis-abis. Sekejap pi penang..sekejap gi johor...lepas tu pi penang balik...lepas tu gi johor balik...
Dalam masa yang sama kena meeting ngan clients. Kalau mereka yang menghadap kita kat opis..oklah jugak tapi nasib badan kena jugak melangkah kaki berjumpa mereka! Aku kena pegi sebab yang nak dijumpa ni bukan calang-calang orang. Bak kata ore kelate celup “boh-boh belako”.
Oleh kerana mereka ni berpangkat Dato dan agak berusia...kenalah aku mengalah (kononnyalah)...mentang-mentang aku masih lagi takder title..yang ada pun LLB..Lemak-Lemak Berisi(terpaksa diedit dari ayat asalku).
Percaya atau tidak, sepanjang lebih kurang 5 tahun kat tempat kerja aku ni.., aku terpaksa deal directly with the Dato, Directors, MD and so on and so forth. Jarang benar aku deal ngan their assistant or staff. Kalau ada pun, banyak kali aku tengok mereka-mereka ini diperkotak katikkan. Acap kali role mereka ni limited untuk call aku dan beritahu “Dato nak bercakap”, menuang dan menghantar air. Bukan nak cakap besar tapi itu kenyataannya (i).
Sekarang ni...berjumpa dan bercakap dengan klien sebegini bukan satu masalah walaupun I’m still in the process of improving my skills. “butterfly in my stomach” masih hidup lagi. Bukan nak cakap besar tapi itu kenyataannya (ii).
Walaupun bukannya satu masalah yg besar tapi ianya tidak mudah. Macam-macam perangai. Ada yang kerek dan ada yang crack.  Ada yang rasa hebat, pandai, keras kepala dll attitude problems. Tapi ada juga yang baik dan berkongsi rahsia kejayaan walaupun takler banyak..Bukan nak cakap besar tapi itu kenyataannya (iii).
Tapi aku perasan satu benda, mereka ini berkongsi persamaan berikut terutamanya (dato-dato) iaitu duit banyak tapi rupa biasa jer. Bila aku cakap "biasa" maksudnya memang literal. Baju, seluar dan kasut yang mereka pakai, mcam staff ofis biasa-biasa..Mungkin pasal tu mereka kaya kot...
Tapi yang mengejutkan, reputasi dan kedudukan yang mereka pegang bukan calang-calang. Ada yang merupakan bekas Dean for Medical Faculty (1st Dean) salah satu Universiti tempatan. Bahasa yang digunakan "berabok". Patut aku yang interview dia, aku pulak yang kena interview! According to him, he has a straint and intense relationship ngan Dr. M. Lantak pegilah. Aku cuma berminat dengan cara dia bercakap dan berbahasa. Teratur dan mudah. Mungkin sistem persekolahan  dulu banyak memainkan peranan.
Sorang lagi merupakan “accountant by profession and previously was the MD” kepada satu Company besar yang terletak berdekatan A&W PJ. Sekarang dia merupakan pemaju yang terlibat di dalam pembinaan premis perniagaan bukan sahaja di kolumpo tapi seluruh negara. Setiap kali meeting ngan  dia ni, aku dilayan macam "orang ada-ada" depan staff dia.  Ini permudahkan kerja aku buat "presentation and argument".  Samada treatment tu ikhlas, itu belakang kira. Pengalaman yang paling yang berguna bagi aku ialah apabila aku diminta buat presentation (tanpa kehadiran my big boss) dalam meeting board room di mana mereka-mereka yang hadir semuanya "orang yang telah berjaya" pada mata kasar aku. Memang rasa "kecik" tapi aku rasa aku "berjaya". 
Sorang lagi yang aku pernah buat meeting ialah bekas super senior “IR”. Pernah menjadi Presiden kepada persatuan engineer Malaysia. Company beliau amat berjaya dan amat dikenali pada satu ketika tapi kini menurutnya, " this is purely a commercial decision. It is my stand to let the company go bust". Menurut cerita , dia ni pernah kononnya duduk satu bilik ngan current PM. Betul atau tidak "wallahuallam".
Persamaan yang paling berharga wujud dalam diri mereka ini ialah, “they started from humble beginnings”. Mereka faham apa maksud "kesusahan", "keperitan" dan "kepayahan". Mendengar cerita mereka, memberikan motivasi kepada aku untuk menjadi orang yang berjaya.

P/s bukan nak berlagak and with due respect, ramai juga dato yang aku jumpa "ting-tong".
Live from Senai Airport- 11.53 pagi

Tuesday, January 11, 2011

Janji Ajim

fuh kanan fuh kiri
takkan begini
takkan begitu
kerna kami masih ingat lagi

fuh kanan fuh kiri
takkan begini
takkan  begitu
kan berjanji sehidup semati

fuh kanan fuh kiri
takkan begini
takkan begitu
kasih sayang beraja di hati
 
fuh kanan fuh kiri
takkan begini
takkan begitu
walaupun berlaki walaupun berbini 

fuh kanan fuh kiri
depan belakang
bawah atas
biar hati berbekas jiwa jangan berkeras
 
Jan?I @zIm M#qRy