Dua tiga hari lepas Kementerian Atas langit bercadang mengharamkan penjualan nasi lemak dan makanan ringan di sekolah atas dasar ingin menjaga kesihatan, kononnya makanan tidak seimbang dan dan tidak sesuai dimakan. Alasannya, untuk mengelakkan kegemukan dan obesiti di kalangan pelajar sekolah. Atas kertas, niat tersebut sangatlah murni dan disanjung tinggi. Cadangan marvelous.
Tapi hatiku berkata, sangatlah keji dan penuh dengan hipokrasi. Selektiviti. Selektifnya. Sifat selektif beginilah yang menyakitkan batu jemala makcik pakcik kantin yang “hidup segan mati tak mahu”. Sudahlah tanah habis dikais, ada pulak bijak pandai yang dengan bodoh sombongnya mengambil jalan mudah dengan berinovasi kononnya demi mengelakkan obesiti.
Jangan Nak membongak dan membongok!
Kalau makan setakat satu bungkus nasi lemak takkannya obesiti. Makan 2 bungkus nasi lemak ditambah dengan telur dan ikan bilis takkannya boleh Obes. Tambahkan lagi dengan keropok 20 sen, aku yakin takkan gemuk. Kalau makan hari-hari pun takkan gemuk. Itu aku yakin. Mungkin betul mungkin tidak. Kalau betul-betul nak jaga kesihatan, elakkan semua benda tetapi makan buah-buahan je. Jadi monyet makan pisang je. Itu pun kalau betul selamat. Elakkan perasa. Elakkan gula. Elakkan semua benda. Tinggal dekat hospital je.
Apa yang aku heran, mereka yang bijak pandai ni seolah lupa benar dengan perkataan “faktor-faktor lain” lalu menyalahkan nasi lemak dan makanaan ringan di sekolah semata-mata. Agaknya mereka terlupa dengan formula mudah ilmu hisab. “faktor-faktor lain” bila difaktorkan dengan nasi lemak dan ais kacang luar pintu sekolah dan juga “ding dang” barulah mengembangkan prinsip Obesiti.
Di sekolah rendah, aku tak kenal Obes siapa walaupun makan nasi lemak 2 bungkus satu hari. Sebelah pagi satu. Sebelah petang satu. Sampai menjejak kolej 8 pun, sekurang-kurangnya nasi lemak satu sebelah malam. Bukan setakat 2 nasi lemak aku telan, 2 bungkus mi maggi cepat dimasak sedap dimakan, Burger daging special dua dan Nasi bungkus ayam masak kicap. Bang, saya nak burger daging taknak sayur sos tomato je untuk isteri saya.
Sampai sekarang aku telan semua tu “walaupun bukan dalam masa yang sama tapi boleh kata selang berapa minit”. Betul tak sayang? Aku faham benar maksud berenti sebelum kenyang. Sorry ok. Aku tak sengkek dan tak obes sebab benda-benda kononnya “makanan ringan” tu. Biar tak bergaya jangan kurang makan.
Aku ‘kenal’ perkataan obes pun bila umur aku dah nak mencecah 30-an. Itu pun bukan disebabkan nasi lemak yang aku ‘melantak’ dari kecik. Tapi disebabkan ‘faktor-faktor lain ditambah dengan nasi lemak yang aku makan hanya sekali seminggu di rumah Mak dan Abahku”.
Wahai bijak pandai, jika benar ingin menghalang penjualan nasi lemak, Silakanlah.
TAPI INGAT. Jangan Selektif. Bukalah mata kembangkan minda. Dengan alasan yang sama buat proses pemfaktoran ini dahulu dan ambil tindakan sewajarnya.
Kalau nasi lemak mengobeskan, bagaimana dengan Restoran Western Food, Big Mac, Mcdeluxe, French Fries, Tony Romas, Lavazza, Garden, TGF, So good, aku tak reti dan tak tau nak namakan. Nasi Kandar Yassin maybe. Tidakkah terbukti dengan makan-makanan tersebut juga mengobeskan?
Bakal Pengundi & Bakal Ketua Pemuda Adun Padang Pasir 2012.