Tuesday, January 18, 2011

Bukan nak cakap besar

Hi,
Dah lama bebenor rasanya tak menulis. Dah takde idea camne nak menulis. Lagipun terlalu busy ngan hal kerja. Hari-hari kerja. Tak jugak abis-abis. Sekejap pi penang..sekejap gi johor...lepas tu pi penang balik...lepas tu gi johor balik...
Dalam masa yang sama kena meeting ngan clients. Kalau mereka yang menghadap kita kat opis..oklah jugak tapi nasib badan kena jugak melangkah kaki berjumpa mereka! Aku kena pegi sebab yang nak dijumpa ni bukan calang-calang orang. Bak kata ore kelate celup “boh-boh belako”.
Oleh kerana mereka ni berpangkat Dato dan agak berusia...kenalah aku mengalah (kononnyalah)...mentang-mentang aku masih lagi takder title..yang ada pun LLB..Lemak-Lemak Berisi(terpaksa diedit dari ayat asalku).
Percaya atau tidak, sepanjang lebih kurang 5 tahun kat tempat kerja aku ni.., aku terpaksa deal directly with the Dato, Directors, MD and so on and so forth. Jarang benar aku deal ngan their assistant or staff. Kalau ada pun, banyak kali aku tengok mereka-mereka ini diperkotak katikkan. Acap kali role mereka ni limited untuk call aku dan beritahu “Dato nak bercakap”, menuang dan menghantar air. Bukan nak cakap besar tapi itu kenyataannya (i).
Sekarang ni...berjumpa dan bercakap dengan klien sebegini bukan satu masalah walaupun I’m still in the process of improving my skills. “butterfly in my stomach” masih hidup lagi. Bukan nak cakap besar tapi itu kenyataannya (ii).
Walaupun bukannya satu masalah yg besar tapi ianya tidak mudah. Macam-macam perangai. Ada yang kerek dan ada yang crack.  Ada yang rasa hebat, pandai, keras kepala dll attitude problems. Tapi ada juga yang baik dan berkongsi rahsia kejayaan walaupun takler banyak..Bukan nak cakap besar tapi itu kenyataannya (iii).
Tapi aku perasan satu benda, mereka ini berkongsi persamaan berikut terutamanya (dato-dato) iaitu duit banyak tapi rupa biasa jer. Bila aku cakap "biasa" maksudnya memang literal. Baju, seluar dan kasut yang mereka pakai, mcam staff ofis biasa-biasa..Mungkin pasal tu mereka kaya kot...
Tapi yang mengejutkan, reputasi dan kedudukan yang mereka pegang bukan calang-calang. Ada yang merupakan bekas Dean for Medical Faculty (1st Dean) salah satu Universiti tempatan. Bahasa yang digunakan "berabok". Patut aku yang interview dia, aku pulak yang kena interview! According to him, he has a straint and intense relationship ngan Dr. M. Lantak pegilah. Aku cuma berminat dengan cara dia bercakap dan berbahasa. Teratur dan mudah. Mungkin sistem persekolahan  dulu banyak memainkan peranan.
Sorang lagi merupakan “accountant by profession and previously was the MD” kepada satu Company besar yang terletak berdekatan A&W PJ. Sekarang dia merupakan pemaju yang terlibat di dalam pembinaan premis perniagaan bukan sahaja di kolumpo tapi seluruh negara. Setiap kali meeting ngan  dia ni, aku dilayan macam "orang ada-ada" depan staff dia.  Ini permudahkan kerja aku buat "presentation and argument".  Samada treatment tu ikhlas, itu belakang kira. Pengalaman yang paling yang berguna bagi aku ialah apabila aku diminta buat presentation (tanpa kehadiran my big boss) dalam meeting board room di mana mereka-mereka yang hadir semuanya "orang yang telah berjaya" pada mata kasar aku. Memang rasa "kecik" tapi aku rasa aku "berjaya". 
Sorang lagi yang aku pernah buat meeting ialah bekas super senior “IR”. Pernah menjadi Presiden kepada persatuan engineer Malaysia. Company beliau amat berjaya dan amat dikenali pada satu ketika tapi kini menurutnya, " this is purely a commercial decision. It is my stand to let the company go bust". Menurut cerita , dia ni pernah kononnya duduk satu bilik ngan current PM. Betul atau tidak "wallahuallam".
Persamaan yang paling berharga wujud dalam diri mereka ini ialah, “they started from humble beginnings”. Mereka faham apa maksud "kesusahan", "keperitan" dan "kepayahan". Mendengar cerita mereka, memberikan motivasi kepada aku untuk menjadi orang yang berjaya.

P/s bukan nak berlagak and with due respect, ramai juga dato yang aku jumpa "ting-tong".
Live from Senai Airport- 11.53 pagi

Tuesday, January 11, 2011

Janji Ajim

fuh kanan fuh kiri
takkan begini
takkan begitu
kerna kami masih ingat lagi

fuh kanan fuh kiri
takkan begini
takkan  begitu
kan berjanji sehidup semati

fuh kanan fuh kiri
takkan begini
takkan begitu
kasih sayang beraja di hati
 
fuh kanan fuh kiri
takkan begini
takkan begitu
walaupun berlaki walaupun berbini 

fuh kanan fuh kiri
depan belakang
bawah atas
biar hati berbekas jiwa jangan berkeras
 
Jan?I @zIm M#qRy