Wednesday, August 18, 2010

What the hell u r talkin' bout


Aku adalah antara orang yang paling penyabar antara yang penyabar :) (bergantung kepada keadan). Namun 10 minit yang, aku baru je hilang kesabaran  terhadap salah seorang klien aku ni. Beliau merupakan peranakkan mat salleh (His father from Scotland…Jadi Scottish la) dan mak dia Malaysian Chinese. So apa lagi "slanga" mat salleh la and always think that he is better than others. Aku dah jumpa dia beberapa kali kat office so aku tau mamat ni berlagak pandai. Be as it may, because dia ni client and for the sake of finishing my task, I let him off the hook.
Nak dijadikan cerita, hari ini aku terima satu short notice dari court minta all the parties to attend court on this friday termasuk dengan klien-klien sekali. So, tanpa membuang masa lalu aku mengarahkan my PA untuk contact this klien dan meminta beliau hadir seperti yang diarahkan. Aku ingatkan lepas tu selesai tetapi this client insist nak bercakap ngan big boss. Oleh kerana my boss is not around (even if he is around) as usuall my PA transfer line ke bilik aku.
Being a gentleman, so aku cakapla baik-baik ngan mamat celup ni. 
Rb : Roy speaking here..may I know who's on the line (walaupun aku dah tahu but as a matter of formality..aku buat gak)
Klien : Alex E..here...I want to speak to Tan.
Rb : He is not around... btw Mr Alex, u have to come to court this Friday..I just received a notice from court this morning..matter fixed @ 8.30 a.m lah (I was trying to be nice with him)
Klien : Roy, 8.30 a.m! u don’t expect me to come to court….I am not free.. I have an appointment….(dengan nada yang sangat kurang ajar dan dengan penuh lagak ni la yang buat darah aku naik macam lembu gila)
Roy :.It is entirely up to you whether you want to come or not…I just let u know…U don’t have to speak to me anymore..talk directly to Tan Dengan nada yang menengking..(my wife je yang tau mcmana aku menengking orang) dan suara tak kisah). ….belum sempat dia nak bercakap lalu aku menghempaskan telefon..(padan muka dia).
Lepas tu aku keluarlah bilik dan dengan suara yang agak tinggi berkata pada my PA…from now on I don’t want to talk to this guy anymore…dia nak pegi mati pun saya tak peduli…Dia ingat dia sapa..dia ingat dia sorang je boleh berlagak….Saya pun boleh berlagaklah…saya kalau berlagak lagi hebat tau…My PA senyum-senyum je lepas tu..
P/s pasal dia la pahala aku kena deduct hari ini…nasib baik aku tak gunakan kata-kata kesat…kalau tak puasa setakat menahan lapar dan dahaga je la ceritanya

Berita H@ri Ini -S.O.S


U/K KUALA LUMPUR – Dua penduduk kampung Kaki Bukit telah diarahkan oleh pihak yang berwajib untuk membuat dua laporan kecemasan dengan membakar ranting-ranting kayu dan arang di sekitar rumah mereka.  Tindakan "pembakaran terbuka" ini dipercayai bermula setelah dalam tempoh  dua minggu ini, dua makhluk "halus" telah dikesan berlegar-legar di dalam rumah sambil "mengganggu" mereka dengan "jeritan-jeritan"yang amat menyeramkan.
Ketua Sokongan Operasi Penyelamat,  Sarjan Al-Ramadahani berkata, kehadiran makhluk-makhluk “halus” ini sebenarnya tidak akan memberikan apa-apa kesan buruk berpanjangan tetapi sebaliknya akan lebih menguntungkan kedua-dua penduduk ini. Beliau percaya bahawa dengan hanya menggunakan cecair lemak manis sudah memadai untuk “mendiamkan” makhluk-makhluk “halus” ini. Menurut beliau lagi, bekalan-bekalan lemak manis itu boleh didapati di mana-mana pasaraya berdekatan.
 “Saya yakin dengan adanya makhluk-makhluk “halus” ini, ianya akan menggalakkan orang ramai samada jauh dan dekat menghantar hadiah-hadiah tanpa perlu diminta-minta walaupun hari raya masih jauh lagi,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di ONGOING NEWS! Walaupun bukan setiap hari ini.
Berita ini dilaporkan “live” oleh wartawan pelatih, TomatoMan.